Images
  • mother child sad
    (Gambar hiasan: Adek Berry/AFP) 

#BeliaSG: Janji Seorang Anak

BERITAmediacorp: Puisi ini ringkas tetapi ia begitu bermakna bagi si penulis yang sangat menyayangi Ibunya. Jika anda berdepan dengan saat-saat terakhir untuk bersama Ibu, apa yang ingin anda ungkapkan?

Kerana kita milikNya
Aku janji kembali kepadaNya tiba waktunya nanti
Pada saat aku dilahirkan ke dunia
Itulah pertama kali aku merasakan dakapan seorang Ibu

Aku berjanji untuk menjaga Ibu
Akan aku setia berbakti kepada Ibu
Kerana engkau sentiasa membimbing diriku

Aku berjanji tidak akan sesekali mengabaikan Ibu
Engkaulah cinta pertama dan terakhirku
Ranaplah jiwaku andai engkau tiada di sisi
Kerana engkau cahaya yang menerangi hidupku

Sebentar lagi,
tiba saat engkau bertemu Tuhan
Demi menunaikan janji pada saat dilahirkan
Aku pasti menyusul kemudian

Nantikan aku di pintu Syurga Ibu

KARYA: HILAL ZURAIMI
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG  

- BERITAmediacorp/aq

Top