Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

#BeliaSG: Jam Kehidupan

Sajak ini seolah-olah membawa pembaca melalui setiap fasa kehidupan. Dari saat seseorang baru bertatih-tatih sehinggalah ke akhir hayatnya. Anda setuju tentang apa yang bermain di benak fikiran seseorang pada setiap peringkat umur ini?

Anggaran Waktu Membaca:
#BeliaSG: Jam Kehidupan

(Gambar hiasan: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2019 08:44PM Dikemas Kini : 14 May 2019 08:50PM

BERITAmediacorp: Sajak ini seolah-olah membawa pembaca melalui setiap fasa kehidupan. Dari saat seseorang baru bertatih-tatih sehinggalah ke akhir hayatnya. Anda setuju tentang apa yang bermain di benak fikiran seseorang pada setiap peringkat umur ini?

Usiaku...
Seperti jarum jam menuding ke nombor dua
Dunia Bersinar hati nan muda
Mempercayai semua kata orang tua
Hidup riang selalu gembira

Usiaku...
Seperti waktu sudah jam lima
Pelbagai masalah timbul nyata
Banyak yang disoal di minda remaja
Adakah ia betul? Adakah ia salah pula?
Bolehkah aku mempercayai kata-katanya?
Kenapa kau tidak fahami aku wahai Ayah dan Bonda?

Usiaku...
Kini seperti tangan jam menuding ke nombor tujuh
Tekanan kian datang menyentuh
Kucari bulan sebagai penyuluh
Jiwaku resah bak remaja lelah

Usiaku...
Kini sudah jam sebelas malam
Malam gelap tampak berbalam
Bintang-bintang juga suram
Harapan pula mula terbenam

Usiaku...
Biarkan kenangan mengusik jiwa
Biarkan masa menentukan segala
Biarkan takdir yang membuat kerja

KARYA: MOHAMAD 'AFIF MOHAMAD SATAR, NUR ZHARFAN ZAHARUDIN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan