Images
  • family generic
    (Gambar: Ana Francisconi/Unsplash)

#BeliaSG: Ibu dan Abah

BERITAmediacorp: Dua sosok di sisi menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang mengarang puisi ini. Ibu dan Ayah sama-sama berkorban demi mencorak kain putih. Pengorbanan yang tiada tolok tandingnya.

Ibu dan Abah
Dua insan istimewa di dunia
Sejak kecil hingga dewasa
Engkau di sisi, di hati dan di minda

Dalam rahimmu aku kau kandung
Menjagaku dalam panas mahupun mendung
Mengajar aku cara menabung
Kaulah insan yang aku sanjung

Mencari rezeki untuk keluarga
Dengan tidak berasa hampa
Kerja keras tak mengira cuaca
Kaulah Abah yang aku cinta

Kasih sayangmu tak akan kulupa
Pengorbananmu terpahat di jiwa
Tanpa Ibu Abah aku tiada
Aku sayang... Ibu dan Abah

KARYA: ANGGUN LIYANA MOHAMMAD E
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG

- BERITAmediacorp/aq

Top