Images
  • family generic
    (Gambar: Dan Burton/Unsplash)

#BeliaSG: Harga Sebuah Keluarga

BERITAmediacorp: Sering kali kita mendengar betapa setiap ibu bapa memainkan peranan penting menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak yang diibaratkan sebagai kain putih. Puisi ini menjadi bukti, betapa agungnya cinta seorang anak terhadap ibu bapa yang sentiasa di sisi.

Nilai sebuah keluarga
Tidak dapat diukur kemewahan dunia
Tidak boleh dijual beli

Ayah,
Engkau sentiasa di sisi kami
Di kala susah dan senang
Engkau banyak mengajar aku
Tentang jiwa seorang lelaki

Ibu,
Tempat aku menumpang kasih
Tempat aku mencurah rasa
Suka
Duka
Kekusutan
Engkaulah, yang meleraikan

Tanpa Ayah dan Ibu,
Hidupku tiada hala tuju
Bimbingan yang jitu pembentuk maruah diriku  

KARYA: MUQRIZ MIRZA MAHBOB
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG

- BERITAmediacorp/aq

Top