Images
  • begger child
    (Gambar hiasan: Armend Nimani/AFP)

#BeliaSG: Hanya Sekeping Pemberian

BERITAmediacorp: Siapa yang selayaknya mendapat pemberian? Adakah anak kecil yang hidup serba mencukupi ataupun mereka yang benar-benar memerlukan? Persoalan ini dikupas secara puitis oleh pelajar dari Maktab Rendah Tampines Meridian dalam ruangan karya pelajar minggu ini.

Hanya satu pemberian
Tetapi mampu mengundang pelbagai perasaan
Hanya sekeping pemberian
Tetapi itulah yang dinanti-nantikan

Begitu gembira si anak kecil
Mengucapkan ucapan yang diajar
Menghulurkan tangan penuh ghairah

Namun…
Ikhlaskah kata-kata yang diluahkan
Ataupun mata mereka sudah dikaburkan
Dengan satu pemberian
Adakah itu yang mahu diterapkan
Adakah itu yang menjadi acuan?

Tetapi ada pula yang menitis air mata
Bersyukur atas pemberian itu
Batu yang digalas ringan rasanya

Terdapat juga yang berhati mulia
Sengsara yang lain diringankan bersama
Walaupun tidak banyak
Hidup mereka dapat diteruskan
Dapat juga dihabiskan urusan yang terbengkalai.

KARYA: MUHAMMAD DANIAL AFIQ FHARICK
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH TAMPINES MERIDIAN   

- BERITAmediacorp/aq

Top