Images
  • youths generic
    (Gambar fail: TODAY) 

#BeliaSG: Fakta dan Prasangka

BERITAmediacorp: Bila remaja lantang bersuara, ia menunjukkan mereka prihatin, peka terhadap isu-isu semasa - sama seperti orang dewasa. Merekalah ejen revolusi yang juga dambakan pengertian orang ramai. Jangan pandang sebelah mata, kerdil-kerdil ini suara seorang daripada mereka. 

Orang kata kami muda
Orang kata kami lupa budaya
Tapi mereka tidak memahami
Remaja ialah ejen revolusi

Baik tahun 1988
Mahupun tahun 2008
Hak tetap kami perjuangkan
Perubahan tetap kami utamakan

Kerana

Perubahan pasti berlaku
Dalam dunia yang maju
Kami hanya mahukan
Dunia ideal yang baru

Namun

Apa daya
Teriakan kami bisu
Orang kata kami muda
Orang kata kami tidak cukup tahu

Memang kami sering lupa
Akan akar Melayu
Memang kami sering lupa
Akan tradisi dan budaya

Tapi

Sejauh mana kami merantau,
Jati diri kekal utuh
Aku harap kau tahu
Kami tetap akan kembali 

KARYA: GRACE MICHELLE PHOEBE HALIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ANDERSON  

- BERITAmediacorp/aq

Top