Images
  • alsagoff
    (Gambar hiasan: Alsagoff Arab School/Facebook)

#BeliaSG: Emansipasi Wanita

BERITAmediacorp: Dalam kehidupan serba moden sekarang ini, jelas kian ramai mendapat kebebasan untuk bersuara dan memperjuangkan keadilan. Bagaimana pula dengan emansipasi wanita? Sekumpulan pelajar menengah 3 Madrasah Alsagoff Al Arabiah menyumbang puisi ini untuk berkongsi pandangan mereka. Ia dihasilkan bersama-sama dengan guru sastera mereka.

Ombak
Tahukah dikau apa yang berlaku?
Pasir melekat di kakiku
Seperti kesan yang mengganggu hati

Menyusahkan ku

Basah
Air laut yang menyimbah masin
Bak tangisanku yang bergenang
Pedih ibarat hatiku yang terluka

Jangan lukai aku lagi
Tidak tahan aku dengan keperitan ini
Sudah cukup rapuh untuk dipatahkan

Cukuplah

Aku menadah melutut
Menyoalnya mengapa hidup ini susah
Tiada adil
Kepada wanita

Perjuangan terhadap penindasan
Kemarahan yang terkawal
Sejak awal lagi
Kini aku bangkit
Membawa kebenaran, keadilan
Kepada kaum Hawa

KARYA: ALSA GOFIATS 19
SEKOLAH: MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH

- BERITAmediacorp/aq

Top