#BeliaSG: Dusta Dalam Masa
Kiriman sajak dalam ruangan #BeliaSG ini ringkas tetapi cukup untuk mencerminkan hidupan seharian mereka yang hidup di bandar. Kehidupan masa kini asyik tentang mengejar masa... Anda bersetuju dengan pandangan dua penulis muda ini?
BERITAmediacorp: Kiriman sajak dalam ruangan #BeliaSG ini ringkas tetapi cukup untuk mencerminkan hidupan seharian mereka yang hidup di bandar. Kehidupan masa kini asyik tentang mengejar masa... Anda bersetuju dengan pandangan dua penulis muda ini?
Masa berlari
aku mengejar
tanpa disedari
hapus semuanya
jam berdetik
jantung berdegup
aku letih
aku semput
aku sesal, aku rebah
namun aku terperangkap jua
masa berlalu pantas belaka
dustaku semua makin membesar
aku ingin putarkan masa
namun mustahil, tak akan berjaya
aku teringat bak kata mutiara
masa itu emas, hargailah masa
PELAJAR: NUR HANISAH SUNARNO, NUR SYAFIQAH JAMALUDIN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.