#BeliaSG: Bumi
Begitu agung rasa cinta terhadap alam semesta sehingga terukir kata-kata kekesalan dalam sanubari penulis ini. Jarang kita dengar seseorang yang berbakti tetapi tidak dikasihi… tapi ada yang ditimpa nasib malang seperti itu – BUMI, kata si penulis.
BERITAmediacorp: Begitu agung rasa cinta terhadap alam semesta sehingga terukir kata-kata kekesalan dalam sanubari penulis ini. Jarang kita dengar seseorang yang berbakti tetapi tidak dikasihi… tapi ada yang ditimpa nasib malang seperti itu – BUMI, kata si penulis.
Bumi
Biru langitmu mendamaikan hati
Luas lautmu menenangkan nurani
Warna-warna bumi
Mendatangkan cerah setiap hari
Bumi
Kerana hasad dan dengki
Kecantikanmu tidak dihargai
Keindahanmu tidak dipeduli
Hari yang dilalui seperti berduri
Bumi
Apakah dosamu?
Sehingga diperlakukan sebegini
Berbakti tanpa dikasihi
Dan tidak pernah dihargai
Maafkan kami oh bumi!
Kami sibuk mengejar mimpi
Sedangkan kau punah disakiti
Oleh tangan-tangan yang tidak mengerti
Kami dicipta untuk membela kamu
Malangnya kami yang memusnahkan kamu
KARYA: MUHAMMAD UMAR MADBI
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.