BERITAmediacorp: Bahasa melambangkan bangsa
Itulah kata-kata yang sering singgah ke telinga
Betapa kuatnya makna setiap kata-kata
Buat luahan apa yang tersurat di jiwa
Kalau bukan kita, siapa yang memartabatkannya?
Bahasa melambangkan bangsa
Alat komunikasi yang digunakan semua manusia
Meski berbeza tetapi gaya ucapannya serupa
Dengan harapan yang mendengar berasa selesa
Memahami maksud dan santapan halwa telinga.
Bahasa melambangkan bangsa
Setiap bait kata memancarkan peribadi penggunanya
Biar anak cucu kenal asal usul mereka
Agar menjadi tamadun bangsa yang terkemuka
Jika dilestarikan nescaya mekar sepanjang masa.
KARYA: AZRA AIDIR
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.