Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Belia Melayu bincang isu-isu kelemahan dan kekuatan golongan milenial, aspirasi mereka

Golongan Milenial - Lasak atau Rabak? Itulah topik yang hangat dibincangkan lebih 20 belia dalam sesi perkongsian anjuran BERITAmediacorp pada Ahad (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Golongan Milenial - Lasak atau Rabak?

Itulah topik yang hangat dibincangkan lebih 20 belia dalam sesi perkongsian anjuran BERITAmediacorp pada Ahad (31 Jan).

Sepanjang satu setengah jam, para belia rancak membincangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka dalam dua sesi perbincangan berbeza. Antara yang dikupas termasuklah topik pekerjaan, isu-isu semasa dan masa depan Singapura pasca-COVID-19.

Dua sesi berbeza itu turut disiarkan secara 'Live' kepada penonton di Facebook BERITAmediacorp.

Tampil berkongsi pandangan ialah pendakwah dan usahawan Ustaz Tamliikhaa Khamsani, pemain bola sepak negara, Faradila Rafidi, pengarah syarikat The Blackhole Group, Encik Mustaffa Kamal dan pengasas The Codette Project, Cik Nurul Jihadah Hussain.

GOLONGAN MILENIAL 'MATANG' FIKIRKAN ISU-ISU YANG MENJEJAS MEREKA

Setelah hampir dua jam berbincang, ini antara rumusan para panelis - yang juga datang dari golongan milenial.

(Ustaz Tamliikhaa Khamsani dan Faradila Rafidi)

"Ramai di antara generasi milenial di antara kita sangat merisaukan tentang penakatan di Singapura ataupun bagaimana hendak mengadaptasikan atau menyesuaikan diri setelah COVID-19 ini melanda warga dunia.

"Jadi saya rasa pemikiran sebegini bagus kerana kami akan lebih prihatin, akan lebih bersungguh-sungguh untuk menaikkan semangat untuk memperbaharui kita punya kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara," kata Ustaz Tamliikhaa.

(Cik Nurul Jihadah Hussain dan Encik Mustaffa Kamal)

Bagi Cik Nurul Jihadah pula, beliau amat berbangga dengan kecendurangan para belia yang hadir terhadap isu-isu semasa.

"Golongan muda yang dapat saya jumpa pada hari ini adalah golongan yang memang mengambil berat mengenai masa depan mereka mengenai isu-isu seperti perubahan iklim dan perwakilan. Saya rasa ini cerah untuk masa depan," kata beliau.

Bagi memenuhi langkah jarak selamat, kumpulan 20 lebih belia ini dibahagikan kepada dua bilik berasingan dan mendengar perkongsian para panelis secara bergilir-gilir.

NASIHAT YANG DIBERI BETUL-BETUL 'MASUK OTAK'

Di pihak para peserta pula, di akhir sesi itu mereka mengaku dapat mencungkil pelbagai nasihat dan tips berguna.

Karyawan bidang perhubungan berusia 28 tahun, Cik Atikah Abdul Razak berkata: "Yang paling penting yang saya mempelajari dari sesi ini adalah bagaimana kita harus menangani kritikan kerana ini adalah sebuah cabaran yang kita kerap hadapi."

Sentimen yang sama turut dikongsi mahasiswa berusia 25 tahun, Muhammad Alif Yahya yang melahirkan rasa gembira dapat menyertai sesi perkongsian pengalaman itu.

Ia memberi peluang kepada belia sepertinya untuk menyuarakan pendapat tentang topik-topik yang relevan dalam masyarakat.

"Mempunyai minda yang terbuka apabila kita menceburi sesuatu yang baru. Lagi-lagi tentang situasi COVID-19 ini untuk kami cuba beberapa bidang yang baru dan untuk mencabar diri kita sendiri," kata Alif.

Sesi perbincangan itu merupakan sebahagian daripada forum Cetusan yang akan disiarkan di Suria pada Ahad (7 Feb), 8.30 malam.

Cetusan akan menampilkan rumusan lebih mendalam mengenai belia milenial dan cabaran-cabaran mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan