Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Aplikasi PHIX padankan pekerja bebas dengan pelanggan

Sebuah syarikat pemula teknologi milik seorang anak Melayu melabur sehingga S$250,000 untuk mencipta sebuah aplikasi atau app, yang memadankan golongan pekerja bebas dengan para pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sebuah syarikat pemula teknologi milik seorang anak Melayu melabur sehingga S$250,000 untuk mencipta sebuah aplikasi atau app, yang memadankan golongan pekerja bebas dengan para pelanggan.

Menerusi PHIX, anda boleh mendapatkan pelbagai khidmat seperti membaik pulih peralatan elektrik, khidmat membersihkan rumah atau khidmat mendapatkan kakitangan sambilan bagi acara.

(Gambar: Syawal Yusoff/BERITAmediacorp)

Pendeknya app yang dibangunkan Encik Mohamed Hafiz Mohamed Hussain, 35 tahun ini, memadankan para penyedia khidmat seperti para pekerja bebas, dengan para pelanggan dalam jarak tertentu.

"PHIX menggunakan geo-lokasi. Jadi sebagai pelanggan, mereka boleh mencari atau memilih pekerja-pekerja bebas atau penyedia-penyedia di mana jua sesuai untuk anda. Dan juga pelanggan boleh mencari pekerja bebas yang terdekat atau sebesar radius 20 kilometer.

"Pekerja bebas atau penyedia PHIX boleh mendapat sumber pendapatan tambahan menerusi platform kami," kata Encik Hafiz, yang sebelum ini pernah bekerja dalam sektor pembinaan.

Beliau mendapatkan kepakaran bakat-bakat IT dari India dan Britain untuk mencipta aplikasi ini.

Encik Hafiz berkongsi bahawa sejak dilancarkan sekitar empat bulan lalu, PHIX sudahpun menarik hampir 100 penyedia khidmat dan sudah dimuat turun oleh 1,000 pengguna.

JADUAL KERJA FLEKSIBEL BANTU IMBANGI MASA BERSAMA KELUARGA

Antara yang mendaftar menjadi penyedia khidmat ialah Cik Siti Aloyah, 52 tahun seorang pekerja pembersihan bebas.

Beliau berkata sejak mula menyertai PHIX jadualnya padat dan mendapat tempahan pelanggan hampir setiap hari.

Ibu enam anak ini mengaku beliau mampu membawa pulang sehingga S$2,000 sebulan selain tertarik kepada fleksibiliti yang ditawarkan.

"Jadi kalau ada masa yang terluang kita ingat kita nak terima, kita hanya perlu terima tugas itu. Jadi kita boleh selaraskan masa dan hari kita. Jika hari ini kita tak boleh, kita boleh tukar kepada esok, lusa dan ia sangat fleksibel dan kita boleh ada masa di rumah walaupun kita kerja satu hari pun, masa dengan keluarga pun masih ada," kata Cik Aloyah yang secara purata bekerja hampir lebih 12 jam setiap hari.

SASARKAN JUMLAH PENYEDIA KHIDMAT SEHINGGA 30 KALI GANDA SEBELUM AKHIR 2020

Encik Hafiz mengatakan, syarikatnya menerima 15 peratus bagi setiap bayaran yang dibuat kepada penyedia khidmat di PHIX.

Kini, syarikat ini menyasar untuk mempunyai sehingga 3,000 penyedia khidmat menjelang hujung tahun ini.

(Gambar: Syawal Yusoff/BERITAmediacorp)

(Gambar: Syawal Yusoff/BERITAmediacorp)

Buat masa ini, khidmat yang paling mendapat sambutan kata beliau, adalah pembersihan rumah.

Memandang ke depan pula Encik Hafiz berhasrat meluaskan rangkaian perkhidmatannya ke sektor komersil dan perindustrian pula.

Applikasi PHIX boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan