Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Apabila video belia S’pura, Irny Irdina yang 'syiok sendiri' jadi viral

Bayangkan anda saja-saja membuat video meniru artis kegemaran lalu muat naik di media sosial dan tanpa diduga, ia menarik perhatian artis itu sendiri!

Anggaran Waktu Membaca:
Apabila video belia S’pura, Irny Irdina yang 'syiok sendiri' jadi viral

Gambar: Irny Irdina/Instagram

Diterbitkan : 13 Dec 2017 03:31PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 05:20PM

SINGAPURA: Bayangkan anda saja-saja membuat video meniru artis kegemaran lalu muat naik di media sosial dan tanpa diduga, ia menarik perhatian artis itu sendiri!

Itulah yang berlaku kepada Irny Irdina, 17 tahun, seorang pelajar di Singapura.

Pada 6 Disember, pelajar diploma dalam drama dan psikologi itu memuat naik videonya 'lip-sync' lagu 'Crush' oleh David Archuleta, salah seorang finalis musim ketujuh American Idol.

When you try to sing all the parts pic.twitter.com/PUe0zRLRcX

— Irny Irdina (@irnyirdina) December 6, 2017

Dalam video yang dimuat naik ke Twitter itu, Irny menunjukkan bakatnya menyampaikan lagu popular tahun 2008 itu sambil zum dekat dan zum jauh dengan memanfaatkan cermin di belakangnya.

Mungkin kerana video sedemikian lucu dan susah untuk dirakam, Irny mendapat sambutan yang hangat dengan mendapat lebih 365,000 ‘likes’ di Twitter sejauh ini semasa artikel ini diterbitkan. Malah, David Archuleta sendiri membalas tweetnya sehari kemudian.

When you try to sing all the parts... to your own song. pic.twitter.com/7N83UwnN5V

— David Archuleta (@DavidArchie) December 8, 2017

Tambahan pula, artis berusia 26 tahun itu malah cuba meniru gaya Iryna dalam video 15 saat dan menyerah kalah dengan berkata: "Anda jauh lebih baik daripada saya @irnyidina, tetapi saya sudah cuba sedaya upaya! Ajar saya cara anda!"

Dalam laporan Buzzfeed, Irny berkata bahawa beliau tidak sangka David Archuleta akan retweet videonya. Tambahan pula, Irny berkongsi bahawa beliau sangka ia hanya khabar angin.

Namun, apabila beliau kunjungi profil Twitter artis tersebut, Irny terperanjat dan mula terjerit dan terlonjak-lonjak.

"Ini semua berlaku pada 7.00 pagi. Saya terperanjat yang beliau sendiri melihat catatan saya itu, saya sangat bersyukur. Saya tidak sangka akan sampai ke beliau kerana saya tidak tag beliau pun," katanya kepada Buzzfeed.

Sumber : Agensi berita/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan