Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Acara kayuh basikal Fajarthon Masjid Al-Islah ajak belia hayati hijrah Nabi

Masjid Al-Islah akan mengadakan acara mengayuh basikal sebelah malam 'Fajarthon', dari 6.30 petang pada 18 Oktober hingga 7.30 pagi pada keesokan harinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Acara kayuh basikal Fajarthon Masjid Al-Islah ajak belia hayati hijrah Nabi

Poster acara 'Fajarthon' anjuran Masjid Al-Islah. (Gambar: Facebook/Masjid Al Islah Punggol)

BERITAmediacorp: Masjid Al-Islah akan mengadakan acara mengayuh basikal sebelah malam 'Fajarthon', dari 6.30 petang pada 18 Oktober hingga 7.30 pagi pada keesokan harinya.

Jarak mengayuh basikal bagi acara itu adalah dari Pantai Changi hingga ke Marina Bay Sands.

Acara itu, yang dibuka kepada belia berusia 13 hingga 21 tahun, mengajak para peserta untuk menghayati perjalanan hijrah Nabi Muhammad, dengan mengikuti Tazkirah dan melakukan Tahajjud di tepi pantai.

Para peserta akan berkumpul di Masjid Al-Islah terlebih dahulu. Basikal-basikal akan disediakan dan pengangkutan bagi perjalanan pulang ke Masjid Al-Islah akan diatur.

Mereka yang berminat untuk menyertai 'Fajarthon' yang bertanda pagar #kayuhsampaisubuh, boleh membuat pendaftaran di lelaman tinyurl.com/fajarthon19 sebelum 30 September 2019.

Bayaran yang dikenakan sebanyak S$15 meliputi kos sewa basikal, insurans dan sajian makanan serta hadiah percuma.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi pihak penganjur menerusi emel youth [at] islah.mosque.org.sg atau telefon 6312 5174.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan