Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 pelajar Melayu diiktiraf dengan Anugerah Khas MOE

Sebanyak 199 Anugerah Khas Kementerian Pendidikan (MOE) diberikan pada Selasa (27 Ogos) bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam kedua-dua bidang akademik dan bukan akademik, termasuk bagi sumbangan mereka kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
32 pelajar Melayu diiktiraf dengan Anugerah Khas MOE

32 pelajar Melayu menjadi penerima Anugerah Khas MOE tahun ini.

SINGAPURA: Sebanyak 199 Anugerah Khas Kementerian Pendidikan (MOE) diberikan pada Selasa (27 Ogos) bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam kedua-dua bidang akademik dan bukan akademik, termasuk bagi sumbangan mereka kepada masyarakat.

Jumlah ini juga yang tertinggi diberikan dalam satu tahun setakat sehingga kini.

Secara keseluruhannya, seramai 190 pelajar daripada 82 institusi pendidikan menerima 11 jenis anugerah di Pusat Budaya Politeknik Republik.

Menteri Kedua Pendidikan merangkap Kewangan Indranee Rajah menyampaikan anugerah-anugerah tersebut di Majlis Penyampaian Anugerah Khas itu siang tadi (27 Ogos).

32 PELAJAR BAGI 10 JENIS ANUGERAH

Seramai 32 pelajar Melayu menerima Anugerah MOE bagi 10 jenis anugerah.

Pelajar Melayu yang paling menyerlah ialah pelajar jurusan kejururawatan di Politeknik Nanyang Siti Nurhajah Haron.

Beliau menjadi satu-satunya pelajar yang membolot tiga anugerah pada tahun ini - Anugerah Lee Hsien Loong bagi Pencapaian Cemerlang dalam Pelbagai Bidang, Biasiswa Lee Kuan Yew untuk Menggalakkan Peningkatan dan Hadiah Buku Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.

Berikut adalah senarai penerima Melayu bagi Anugerah MOE yang terserlah dalam bidang masing-masing:

HADIAH BUKU PERDANA MENTERI

Bahagian Sekolah Rendah

1. Arissa Kamaruzaman (bekas murid Sekolah Rendah St Hilda’s)

Bahagian Sekolah Menengah

1. Liyana Afiqah Mohd Faizal (bekas pelajar Sekolah Perempuan Raffles)

2. Marsya Zukrina Mohammad Zulkiffli (bekas pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong)

Bahagian Prauniversiti

1. Muhammad Zulhilmi Zulkiffli (bekas pelajar Institusi Raffles)

2. Nur Zulaikha Mohamed Rohaidzat (bekas pelajar Maktab Rendah Pioneer)


ANUGERAH LEE KUAN YEW BAGI MATEMATIK DAN SAINS

Bahagian Politeknik

1. Shahreyll Khairoullah (bekas penuntut Politeknik Nanyang)


ANUGERAH LEE KUAN YEW BAGI PELAJAR KURSUS NORMAL CEMERLANG

Normal Teknikal

1. Shahrul Aswad Zainuddin (bekas pelajar Sekolah Menengah Temasek)


ANUGERAH LEE KUAN YEW BAGI KECEMERLANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG

Bahagian Sekolah Rendah

1. Latif Zacklee Ismail (bekas murid Sekolah Rendah Fuhua)

2. Mohamad Irfan Mohamad Adi (bekas murid Sekolah Rendah Bukit Panjang)

Bahagian Sekolah Menengah

1. Nur Shakira Watriyah M S (bekas pelajar Sekolah Menengah Bendemeer)

2. Nurul Shahadah Masnawi (bekas pelajar Sekolah Menengah Bendemeer)


ANUGERAH LEE HSIEN LOONG BAGI PENCAPAIAN KHAS

1. Muhammad Arif Bin Mahdi (bekas pelajar Sekolah Assumption Pathway)


ANUGERAH LEE HSIEN LOONG BAGI PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG

1. Muhammad Dhafer Muhammad Faishal Khan Surattee (bekas pelajar Institusi Raffles)

2. Siti Nurhajah Haron (bekas pelajar Kolej Timur ITE)


ANUGERAH MEDIA DIGITAL INTERAKTIF NEGARA BIJAK LEE HSIEN LOONG

1. Nadhirah Insyirah Binte Abu Bakar (anggota pasukan Politeknik Singapura)

2. Ilyas Muhammad Abdul Rashid (anggota pasukan Politeknik Temasek)

3. Muhammad Ammar Mohamad Sofian (anggota pasukan Politeknik Temasek)


BIASISWA LEE KUAN YEW UNTUK MENGGALAKKAN PENINGKATAN

Pelajar Lanjutan ITE

1. Amirul Daniez Redzhuan Abdul Latif (bekas pelajar Kolej Barat ITE)

2. Siti Nurhajah Binte Haron (bekas pelajar Kolej Timur ITE)

Pelajar Lanjutan Politeknik

1. Burhanuddin Mohamed Ali (bekas penuntut Politeknik Ngee Ann)

2. Nazryl Khairil Idham Lim (bekas penuntut Politeknik Nanyang)

3. Nur Saleha Abdul Aziz (bekas penuntut Politeknik Singapura)


ANUGERAH PELAJAR CONTOH LEE KUAN YEW

1. Ahmad Mudzafar Mazli (pelajar Sekolah APSN Tanglin)

2. Alief Fiqhry Ayob (pelajar Sekolah Pathlight)

3. Muhammad Al-Khaliq Abdul Halim (pelajar Sekolah Pathlight)

4. Muhammad Asyraf Abu Zarim (pelajar Sekolah MINDS Woodlands Gardens)

5. Muhammad Irsyad Zainal Ariffin
(pelajar Sekolah Rainbow Centre-Yishun Park)

6. Muhammad Iyrfan Masri (pelajar Sekolah APSN Delta Senior)

7. Nur Annisa Mohamd Jaafar (pelajar Sekolah Lighthouse)

8. Nur Umairah Mohd Akbar (pelajar Sekolah Grace Orchard)

9. Nurshalini Sahnef (pelajar Sekolah Eden)

10. Syed Muhammad Al-Ammar Al-Syed Al-Amir Al-Load Al-Falah (pelajar Sekolah Grace Orchard)

11. Syikh Hariz Bin Shaik Abdul Halim (pelajar Sekolah Metta)


HADIAH BUKU SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN

1. Siti Nurhajah Binte Haron (bekas pelajar Kolej Timur ITE) 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan