Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

3 beradik antara penerima Biasiswa LBKM; lanjutkan pengajian di Britain

Bukan satu atau dua, sebaliknya ketiga-tiga adik-beradik berjaya mendapat Biasiswa Berprestij dan Merit yang dianugerahi oleh Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM). Secara keseluruhannya, sebanyak 24 biasiswa yang bernilai sekitar S$172,000 disampaikan kepada para penerima pada Isnin (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bukan satu atau dua, sebaliknya ketiga-tiga adik-beradik berjaya mendapat Biasiswa Berprestij dan Merit yang dianugerahi oleh Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Secara keseluruhannya, sebanyak 24 biasiswa yang bernilai sekitar S$172,000 disampaikan kepada para penerima pada Isnin (26 Ogos).

LBKM sudah menganugerahkan Biasiswa Berprestij kepada mahasiswa dan siswazah Melayu/Islam yang cemerlang dalam bidang akademik sejak 10 tahun yang lalu.

Biasiswa-biasiswa tersebut turut membantu mereka untuk melanjutkan pengajian mereka di luar negeri termasuk 10 universiti terulung di dunia.

Tahun ini, Biasiswa Berprestij diberikan kepada tiga individu cemerlang dan salah seorang daripadanya ialah Muhammad Ashraf Yusoff.

Menerima biasiswa bernilai S$10,000 buat kali keenam sepanjang tempoh pengajiannya, Ashraf yang kini adalah siswa tahun akhir dalam bidang perubatan di Universiti College of London, bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dalam bidang sakit puan atau pediatrik.

Lebih manis lagi pada tahun ini Ashraf disertai dua adik perempuannya - Dinah Yusoff yang sedang menuntut di King's College of London dalam jurusan pergigian, dan Aisyah Yusoff yang akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang antropologi sosial di peringkat sarjana di Universiti Cambridge, Britain.

Kedua-duanya menerima Biasiswa Merit LBKM.

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dapat dianugerahkan dengan biasiswa ini pada kali keenam pada tahun ini, pencapaian saya sehingga kini berdasarkan sokongan yang sudah terima dari keluarga saya dan juga LBKM, saya rasa usaha yang gigih dan juga bekerja keras amat penting," kata Muhammad Ashraf.

Ibunya, Cik Sri Haryati Abdul Hamid, pula berkata: "Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur kerana ketiga-tiga anak saya telah dianugerahkan anugerah LBKM, saya amat berterima kasih dengan anugerah LBKM selama ini kerana sedikit sebanyak ia telah dapat membantu kami sekeluarga."

Hadir sebagai tetamu terhomat, Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata pencapaian yang dicatatkan oleh anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sudah membangun ke tahap pencapaian yang cukup meluas.

"Saya gembira melihat kepelbagaian minat dan juga kemahiran yang ingin dikecapi masyarakat kita, yang mana kalau kita lihat, kursus-kursus yang dilakarkan, yang diambil oleh para penerima amat berlainan dan ia menunjukkan bagaimana masyarakat kita telah maju," kata beliau.

"Ini mencerminkan bahawa masyarakat Melayu secara amnya sudah membangun bukan sahaja secara individu tetapi di peringkat masyarakat di mana kita menolong dan menyokong antara satu sama lain. "

Dr Faishal turut melahirkan harapan agar para penerima biasiswa dapat terus berbakti dan menyumbang kepada masyarakat apabila mereka tamat pengajian kelak. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan