Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Zlatan Ibrahimovic 'tunjuk taring' bagi LA Galaxy dalam kemunculan sulung, sumbat 2 gol

Zlatan Ibrahimovic menunjukkan persembahan amat cemerlang dalam penampilan sulungnya dengan pasukan LA Galaxy, di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Zlatan Ibrahimovic 'tunjuk taring' bagi LA Galaxy dalam kemunculan sulung, sumbat 2 gol

(Gambar: Mark Ralston/ AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2018 08:20PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 08:22PM

LOS ANGELES: Zlatan Ibrahimovic menunjukkan persembahan amat cemerlang dalam penampilan sulungnya dengan pasukan LA Galaxy, di Amerika Syarikat.

Dia menjadi penyelamat pasukannya daripada mengalami kekalahan di tangan Los Angeles FC setelah ketinggalan 2-3.

Bekas pemain PSG dan Manchester United ini diturunkan sebagai pemain gantian, 15 minit sebelum perlawanan berakhir.

Ibrahimovic berjaya menjaringkan gol menerusi rembatan silang dari jarak 35 meter, hanya enam minit selepas dimasukkan.

Dia menjadi wira LA Galaxy apabila menjaringkan gol keduanya untuk memberi kemenangan 4-3 kepada pasukannya.

Sumber : AFP/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan