Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wayne Rooney: Everton bukan 'rumah persaraan' baginya

Penjaring gol terbanyak England, Wayne Rooney, menekankan pasukan barunya, Everton, bukan 'rumah persaraan'. Ini selepas beliau kembali menyertai kesebelasan Goodisan Park.

Anggaran Waktu Membaca:
Wayne Rooney: Everton bukan 'rumah persaraan' baginya

Rooney memegang jersi kelab di Goodison Park di Liverpool. (Gambar: AFP/Paul ELLIS)

Diterbitkan : 11 Jul 2017 06:00PM Dikemas Kini : 11 Jul 2017 06:03PM

LIVERPOOL: Penjaring gol terbanyak England, Wayne Rooney, menekankan pasukan barunya, Everton, bukan 'rumah persaraan'. Ini selepas beliau kembali menyertai kesebelasan Goodisan Park.

Rooney menyertai semula pasukan Everton selepas 13 tahun di Manchester United di mana beliau juga menjadi penjaring gol paling banyak selepas memecahkan rekod legenda United, Bobby Charlton.

Rooney, 31 tahun, percaya bahawa beliau boleh mengembalikan kegemilangan Everton yang kali terakhir menjulang sebuah piala adalah pada tahun 1995 apabila menjadi juara Piala FA.

Bekas kapten pasukan England itu berpendapat beliau boleh terus mengecapi kejayaan di kelab pertama beliau itu.

"Saya bukan tiba ke sebuah rumah persaraan," kata Rooney kepada pihak media semalam.

"Saya mahu beraksi, menang dan berjaya. Saya belum cergas sepenuhnya buat masa ini, tetapi ia akan dipertingkatkan pada minggu-minggu akan datang. Saya tidak sabar dan masanya sudah tiba."

Rooney mengaku pada bulan Mei bahawa beliau kecewa kerana kurang beraksi di United, di mana beliau hanya dimasukkan pada kesebelasan utama sebanyak 15 kali semasa Liga Perdana England.

Rooney berharap beliau dapat bermain dengan kerap di Goodison Park untuk memastikan tempat di pasukan Piala Dunia England pada musim depan.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan