Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wakil S'pura Cheyenne Goh di Olimpik Pyeongchang duduki tempat ke-5; gagal mara ke separuh akhir

Peluncur ais laju dari Singapura, Cheyenne Goh, gagal mara ke peringkat separuh akhir acara balapan pendek 1,500 meter dalam Sukan Olimpik Pyeongchang hari ini (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Wakil S'pura Cheyenne Goh di Olimpik Pyeongchang duduki tempat ke-5; gagal mara ke separuh akhir

Gambar fail Cheyenne Goh di Seoul. (Gambar: Tony Chung)

Diterbitkan : 17 Feb 2018 08:08PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 08:10PM

PYEONGCHANG: Peluncur ais laju dari Singapura, Cheyenne Goh, gagal mara ke peringkat separuh akhir acara balapan pendek 1,500 meter dalam Sukan Olimpik Pyeongchang hari ini (17 Feb).

Bagaimanapun, beliau berjaya mencatat sejarah sebagai rakyat Singapura yang pertama bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Goh mencatat masa 2:36.971s​​​​​​​ di Arena Ais Gangneung di Pyeongchang, Korea Selatan, sekaligus menduduki tempat kelima daripada enam pesaing dalam pusingan awal.

Suzanne Schulting dari Belanda, Deanna Lockett dari Australia dan Charlotte Gilmartin dari Britain masing-masing merangkul kedudukan pertama, kedua dan ketiga.

Sukan luncur ais laju balapan pendek memerlukan peluncur untuk bersaing antara satu sama lain mengelilingi trak bujur dengan garis lilitan sejauh 111.12 meter, pada gelanggang 60 meter kali 30 meter. Hanya tiga pesaing teratas bagi setiap pusingan awal layak bagi peringkat separuh akhir.

Minggu lalu, Goh yang berusia 18 tahun itu memberitahu Mediacorp beliau tidak menyangka akan layak ke Sukan Olimpik pada tahun 2018.

Pada Februari 2017, Goh menjadi rakyat Singapura wanita yang pertama bertanding dalam Sukan Musim Sejuk Asia di Jepun. Enam bulan kemudian, beliau membuat kemunculan pertama dalam Sukan Asia Tenggara di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana beliau memenangi dua pingat perak (1,000 meter individu dan 3,000 meter berganti-ganti) dan gangsa (500 meter individu).

Peringkat separuh akhir bagi acara balapan pendek 1,500 meter dijadual bermula pada 8.13 malam (7.13 malam waktu Singapura) pada Sabtu.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan