Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vieira sah akan tinggalkan New York City FC untuk ke Nice

Manchester City mengumumkan bahawa legenda Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini sah meninggalkan New York City FC untuk menguruskan pasukan Nice.

Anggaran Waktu Membaca:
Vieira sah akan tinggalkan New York City FC untuk ke Nice

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 11 Jun 2018 09:06AM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 09:09AM

NEW YORK: Manchester City mengumumkan bahawa legenda Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini sah meninggalkan New York City FC untuk menguruskan pasukan Nice.

Dengan itu, Vieira akan memimpin Nice di Liga Perancis lantas menggantikan Lucien Favre yang berpindah ke Borussia Dortmund.

Pengurus berusia 41 tahun itu menerajui New York City FC sejak 2016, selepas mengemudi skuad simpanan Manchester City menyusuli persaraannya selaku pemain profesional.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada City Football Group dan New York City FC atas peluang mengendalikan kelab yang hebat ini," kata Vieira dalam satu kenyataan semalam (10 Jun).

"Meninggalkan New York adalah satu keputusan yang besar buat saya dan keluarga. Ia bukan kata putus yang mudah.

"Sejak awal, City Football Group dan pihak atasannya seperti pengerusi, Khaldoon Al Mubarak, Brian Marwood, Ferran Soriano dan Marty Edelman memberikan kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh lapan tahun terakhir kerjaya saya termasuk sewaktu bergelar pemain dan juga peluang menguruskan pasukan."

Vieira akan membimbing Nice yang menamatkan Liga Perancis pada musim lalu di tempat kelapan. Turut menyertai Vieira di Perancis adalah pembantu jurulatih, Christian Lattanzio, jurulatih kecergasan, Kristian Wilson, serta jurulatih kecergasan fizikal, Matt Cook.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan