Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Valentino Rossi diisytihar sihat; bakal pecut di MotoGP Aragon

Rossi, yang terlepas perlumbaan di Grand Prix San Marino yang diadakan di Misano, berada di kedudukan keempat dalam kejuaraan itu, 42 mata di belakang Marc Marquez dari Sepanyol dan Andrea Dovizioso dari Itali, dengan lagi lima perlumbaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Valentino Rossi diisytihar sihat; bakal pecut di MotoGP Aragon

(Gambar: JAVIER SORIANO / AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 11:49AM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 12:05PM

(Reuters) - Valentino Rossi dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam MotoGP Aragon di Sepanyol pada hujung minggu ini, tiga minggu selepas penunggang Yamaha itu patah kakinya.

"Pada petang ini Valentino Rossi selesai menjalani pemeriksaan perubatan wajib yang dijalankan oleh Ketua Pegawai Perubatan MotorLand Aragon, Clemente Millan," menurut pasukan itu dalam satu kenyataan.

"Beliau mengisytiharkan Juara Dunia sebanyak sembilan kali itu sudah sihat untuk menunggang motosikal, 21 hari setelah mengalami kecederaan kaki."

Rossi, yang masih berjalan menggunakan tongkat, akan menjalani latihan hari ini (22 Sep) untuk menguji tahap kesihatannya untuk berlumba pada hari Ahad.

"Saya akan mengetahui jawapan sebenar selepas FP1 (latihan bebas pertama), kerana menunggang (motosikal) M1 adalah cabaran yang lebih besar. Kita lihat nanti," kata warga Itali itu pada hari Rabu (20 Sep)selepas dibenarkan berlepas ke Sepanyol.

Rossi, yang terlepas perlumbaan di Grand Prix San Marino yang diadakan di Misano, berada di kedudukan keempat dalam kejuaraan itu, 42 mata di belakang Marc Marquez dari Sepanyol dan Andrea Dovizioso dari Itali, dengan lagi lima perlumbaan.

Penunggang Superbike warga Belanda, Michael van der Mark, 24 tahun, sedang bersiap sedia sebagai pelumba ganti namun beliau belum pernah berlumba dalam MotoGP.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan