Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Valencia tewas hasil tandukan Suarez

Tandukan Luis Suarez merupakan satu-satunya percubaan yang berjaya membolosi gawang di stadium Camp Nou dalam perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey antara tuan rumah Barcelona dengan Valencia.

Anggaran Waktu Membaca:
Valencia tewas hasil tandukan Suarez

Penjaga gawang Valencia Jaume Domenech cuba membatalkan percubaan pemain Barcelona menjaring gol. (Gambar: JOSEP LAGO/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 09:04AM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 09:09AM

MADRID: Tandukan Luis Suarez merupakan satu-satunya percubaan yang berjaya membolosi gawang di stadium Camp Nou dalam perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey antara tuan rumah Barcelona dengan Valencia.

Dengan kemenangan 1-0 yang dicatat semalam (1 Feb), Barcelona yang sudahpun menjulang kejohanan tersebut sebanyak 29 kali kian menghampiri matlamatnya untuk menjadi pasukan pertama dinobat juara sebanyak empat kali berturut-turut selepas Athletic Bilbao berjaya mencatat pencapaian serupa pada tahun 1930-an.

Meskipun Barcelona lebih banyak menguasai perlawanan semalam, ia hanya mampu menembusi benteng pertahanan Valencia pada minit ke 67 melalui kecemerlangan Lionel Messi meloloskan diri daripada terkaman pemain lawan sebelum mengumpan bola kepada Suarez.

Pemain Argentina itu berjaya menggelecek di petak penalti sekaligus menewaskan tiga pemain pertahanan Valencia sebelum menghantar bola kepada Suarez yang menanduk bola ke dalam gawang.

Persaingan sengit yang disaksikan ramai penonton semalam jauh berbeza berbanding pertemuan antara kedua-dua pasukan dua tahun lalu. Ketika itu, Barcelona berpesta gol dengan kemenangan 7-0 pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir pertandingan tersebut. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan