Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Usain Bolt gagal pertahan gelaran pelari No 1 dalam perlumbaan terakhir

Jaguh lari pecut dunia dan juara Olimpik lapan kali, Usain Bolt berlumba buat kali terakhirnya dalam acara 100 meter di Kejohanan Dunia di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Usain Bolt gagal pertahan gelaran pelari No 1 dalam perlumbaan terakhir

Usain Bolt pada larian terakhirnya.

Diterbitkan : 06 Aug 2017 06:48PM Dikemas Kini : 06 Aug 2017 06:52PM

LONDON: Jaguh lari pecut dunia dan juara Olimpik lapan kali, Usain Bolt berlumba buat kali terakhirnya dalam acara 100 meter di Kejohanan Dunia di London.

Bolt dari Jamaica turun balapan untuk mempertahankan kejuaraannya dalam acara 100 meter ini yang sudah dimenanginya empat kali.

Beliau tidak akan bertanding lagi secara profesional dalam acara solo selepas kejohanan ini.

Maka tidak hairanlah 60,000 penonton di stadium ini memberikan sokongan padu kepada Bolt.

Namun Bolt gagal memenangi acara ini dan kalah di tangan Justin Gatlin dari Amerika Syarikat yang mencatat masa 9.92 saat, hanya 0.03 saat memisahkan mereka.

Gatlin adalah satu-satunya pelari yang pernah mengalahkan Bolt dalam acara yang sama dalam tahun 2013.

Bahkan kali ini Bolt hanya menduduki tempat ketiga.

Seorang lagi pelari Amerika, Christian Coleman menang pingat perak.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan