Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

UEFA ‘tidak peduli’ langsung tentang isu perkauman, kata bintang remaja Piala Dunia England

Rhian Brewster, bintang bola sepak semasa kemenangan England dalam Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada tahun ini, mendakwa UEFA "tidak begitu peduli" tentang perkauman.

Anggaran Waktu Membaca:
UEFA ‘tidak peduli’ langsung tentang isu perkauman, kata bintang remaja Piala Dunia England

Rhian Brewster. (Gambar: Dibyangshu SARKAR / AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2017 08:27AM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 08:32AM

LONDON: Rhian Brewster, bintang bola sepak semasa kemenangan England dalam Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada tahun ini, mendakwa UEFA "tidak begitu peduli" tentang perkauman.

Remaja berusia 17 tahun itu, yang belum lagi bermain untuk pasukan pertama Liverpool, berkata beliau sudah menyaksikan penderaan berbentuk perkauman - sama ada terhadap dirinya ataupun rakan sepasukan - sebanyak tujuh kali tahun ini.

"Saya tak rasa UEFA memandang serius perkara ini. Mereka tidak begitu peduli. Begitulah rasanya, seolah-olah ia tidak diendahkan," beliau memberitahu The Guardian.

Brewster berkata UEFA masih belum memulakan siasatan ke atas insiden yang melibatkan pihak Rusia, Spartak Moscow, tiga minggu lalu, yang menurutnya beliau dijadikan sasaran kata-kata perkauman oleh kapten pasukan lawan, Leonid Mironov.

Mironov bagaimanapun menafikan beliau membuat sebarang kata-kata perkauman semasa perlawanan Liga Belia UEFA.

Brewster, yang juga berkata beliau mengalami penderaan semasa Kejohanan Eropah Bawah 17 Tahun dalam perlawanan menentang Ukraine dan semasa berlawan dengan pasukan Sepanyol, Sevilla, dalam perlawanan bawah 19 tahun, mengakui kata-kata perkauman yang dilempar itu meninggalkan kesan ke atas dirinya.

"Pada hari ia berlaku, malam itu fikiran saya tidak tenteram. Saya hanya mahu bersendirian," tambah Brewster.

"Saya mahu bersendirian untuk berfikir. Keesokan harinya saya masih lagi memikirkannya."

Di bawah peraturan UEFA, mana-mana pemain yang didapati bersalah membuat komen perkauman boleh digantung minimum 10 perlawanan.

Kick It Out, iaitu sebuah pertubuhan anti-perkauman dalam sukan bola sepak, memuji Brewster, yang juga mendedahkan seorang anggota pasukan bawah 17 tahun England, Morgan Gibbs-White diejek "monyet" oleh lawannya dari pasukan Sepanyol semasa pusingan akhir Piala Dunia, atas keberaniannya.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan