Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Torres mungkin tinggalkan Atletico buat kali kedua pada hujung musim ini

Penyerang Atletico Madrid Fernando Torres merancang meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya tamat pada hujung musim ini bagi mencari lebih banyak peluang beraksi di padang.

Anggaran Waktu Membaca:
Torres mungkin tinggalkan Atletico buat kali kedua pada hujung musim ini

Fernando Torres. (Gambar: REUTERS/Jon Nazca)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 08:50AM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 08:53AM

MADRID: Penyerang Atletico Madrid Fernando Torres merancang meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya tamat pada hujung musim ini bagi mencari lebih banyak peluang beraksi di padang.

Torres, 34, hanya memulakan tiga perlawanan La Liga musim ini dan membuat 17 kemunculan sebagai pemain simpanan, dan menjaringkan dua gol.

"Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengatakan ini adalah musim terakhir saya di kelab ini," katanya di sebuah acara promosi pada Isnin.

"Ia bukan keputusan yang mudah. Melihat kepada realiti, keadaannya, mungkin ini adalah yang terbaik. Saya terima bahawa saya tidak memainkan peranan yang besar, jadi mungkin inilah masanya untuk membuka laluan kepada pemain lain."

Penyerang Sepanyol itu menyarung jersi kelab tersebut buat kali kedua selepas meninggalkannya pada tahun 2007 untuk menandatangani kontrak dengan Liverpool. Beliau juga pernah bermain di Chelsea dan AC Milan sebelum kembali ke Sepanyol pada tahun 2015.

"Sukar untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali kedua kerana saya mahu bersara di sini, tetapi tidak semua perkara berjalan seperti yang anda mahukan," jelas Torres.

"Saya masih berasa cergas secara fizikal dan mental untuk terus bermain. Saya dalam keadaan baik dan saya akan berpindah ke kelab lain."

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan