Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tertinggal 14 mata: Real Madrid masih boleh juarai La Liga? Ya kata Carvajal

Bintang pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal, menegaskan bahawa kelabnya masih boleh menjulang kejuaraan liga Sepanyol, meskipun ia kalah 0-3 di tangan Barcelona.

Anggaran Waktu Membaca:
Tertinggal 14 mata: Real Madrid masih boleh juarai La Liga? Ya kata Carvajal

Bintang pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2017 10:40PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 10:44PM

MADRID: Bintang pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal, menegaskan bahawa kelabnya masih boleh menjulang kejuaraan liga Sepanyol, meskipun ia kalah 0-3 di tangan Barcelona.

Ini sekaligus menjadikan Real Madrid 14 mata di belakang Barcelona yang terus menjadi pendahulu liga dan dalam kedudukan baik untuk merangkul gelaran juara La Liga.

"Kami belum hilang daya kemampuan dan Barcelona juga belum memenangi liga. Memang jurang mata jauh. Tetapi kami akan cuba memenangi baki perlawanan dan lihat sama ada kami boleh menjulang kejuaraan.

"Kejuaraan La Liga belum boleh dimenangi atau terlepas peluang untuk menang pada bulan Disember," katanya dalam wawancara yang diterbitkan pada Rabu dalam akhbar harian Sepanyol, AS.

"Ia adalah kekalahan yang sukar, tetapi kami adalah Real Madrid. Kami sudahpun mempunyai tahun yang cemerlang dan masih ada enam bulan lagi bagi musim ini," kata pemain 25 tahun itu semasa ditanya mengenai kekalahan di tangan Barcelona di padang sendiri.

Pasukan gergasi Sepanyol itu berjaya bergelar juara berganda bagi Liga Juara-Juara dan La Liga musim lalu dan sudah turut merangkul trofi Piala Dunia Kelab dan Piala Super Eropah dan Sepanyol.

Bagaimanapun jurulatih Zinedine Zidane dikecam sejak beberapa minggu lalu buat pertama kalinya sejak mengambil alih Real Madrid. Ini selepas pasukannya menunjukkan prestasi hambar dalam kempen liga dalam negeri dan kalah di tangan Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara, sekaligus menyebabkan mereka terpaksa berdepan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 terakhir pada bulan Februari.

"Pusingan kelayakan menentang PSG sangat sukar, mereka mempunyai pemain hebat, kami akan memberikan yang terbaik," kata Carvajal, yang menandatangani kontrak dengan Real hingga tahun 2022.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan