Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tendangan penalti Ronaldo selamatkan Real Madrid

Cristiano Ronaldo menyelamatkan Real Madrid daripada tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah melalui tendangan penaltinya yang berjaya membolosi gawang Juventus untuk mara ke peringkat separuh akhir meskipun tewas di tangan Juventus. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tendangan penalti Ronaldo selamatkan Real Madrid

Gareth Bale berlawan untuk mendapatkan bola daripada Medhi Benatia. (Gambar: CURTO DE LA TORRE/AFP)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 08:22AM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 08:28AM

MADRID: Cristiano Ronaldo menyelamatkan Real Madrid daripada tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah melalui tendangan penaltinya yang berjaya membolosi gawang Juventus untuk mara ke peringkat separuh akhir meskipun tewas di tangan Juventus dalam perlawanan kedua suku akhir yang mendebarkan semalam (11 Apr).

Real Madrid turun padang dalam keadaan yang lebih selesa selepas mengalahkan Juventus 3-0 di Turin dalam perlawanan pertama tetapi pasukan lawan terus mengasak benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Mario Mandzukic berjaya menjaringkan dua gol menerusi tandukan hebat pada separuh masa pertama sebelum Blaise Matuidi mengambil kesempatan daripada kesilapan Keylor Navas untuk menyamakan kedudukan agregat pasukan Itali itu dengan Real Madrid, 30 minit sebelum perlawanan berakhir.

Namun, harapan Juventus untuk menebus kekalahan menjadi pudar apabila pengadil Michael Oliver memberikan tendangan penalti kepada Real Madrid pada saat-saat akhir perlawanan.

Ronaldo menyempurnakan tendangan penalti itu pada minit ke-97. Dengan itu, Juventus kecundang dengan agregat 3-4 manakala Real Madrid pula mara ke separuh akhir.

Keputusan perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah:

Bayern Munich 0 Sevilla 0 (Bayern menang dengan agregat 2-1)

Real Madrid 1 Juventus 3 (Real Madrid menang dengan agregat 4-3)

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan