Images
  • para games
    Para pemain boccia - Nurulasyiqah Mohd Taha, Toh Sze Ning dan Faye Lim - menang pingat dalam peringkat akhir regu campuran B3. (Gambar: Flona Hakim/Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

Team Singapore catat rekod terbaik di Sukan Para Asia 2018

SINGAPURA: Para atlit negara berjaya merangkul tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, sekaligus mencatat rekod terbaik di temasya sukan itu.

Team Singapore menamatkan temasya sukan tersebut dengan menduduki tangga ke-16 daripada 43 pasukan yang bertanding berdasarkan carta pungutan pingat.

Rekod terbaiknya sebelum ini adalah bagi Sukan Para Asia 2014 di Incheon, di mana Singapura membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Tiga pingat emas disumbang oleh perenang Toh Wei Soong, 20 tahun dan Yip Pin Xiu, 26 tahun.

Toh memenangi dua pingat emas, manakala Yip membawa pulang satu pingat emas dan dua gangsa.

Pasukan Boccia yang diketuai Nurulasyiqah Mohd Taha memenangi dua pingat perak.

Atlit lumba basikal Emily Lee dan jurupandunya Sarah Tan membawa pulang pingat gangsa bagi acara lumba basikal 72km - pingat pertama acara berbasikal Sukan Para Asia bagi Singapura.

Pemanah negara Syahidah Alim pula dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Atlit Paralimpik Asia, warga Singapura pertama yang menggalas peranan itu.

Sukan Para Asia seterusnya akan diadakan di bandar Hangzhou di wilayah Zhejiang, China pada 2022.

- CNA/TQ/tq

Top