Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tandukan Umtiti bawa Perancis ke peringkat akhir Piala Dunia

Samuel Umtiti membawa Perancis ke final Piala Dunia di Saint Petersburg awal pagi ini (11 Jul) apabila menanduk masuk jaringan kemenangan 1-0, lantas mengecewakan harapan 'generasi emas' Belgium.

Anggaran Waktu Membaca:
Tandukan Umtiti bawa Perancis ke peringkat akhir Piala Dunia

Samuel Umtiti yang menjadi wira pasukan Perancis di separuh akhir Piala Dunia 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 08:00AM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 08:03AM

SAINT PETERSBURG: Samuel Umtiti membawa Perancis ke final Piala Dunia di Saint Petersburg awal pagi ini (11 Jul) apabila menanduk masuk jaringan kemenangan 1-0 yang memberikan satu lagi kekecewaan buat 'generasi emas' Belgium.

Perancis yang menampilkan pasukan muda yang amat berbakat kini mahu membalas dendam kekalahan di padang sendiri di final Euro 2016, dalam saingan final Piala Dunia menentang England atau Croatia.

Dalam saingan separuh akhir itu, sepakan penjuru terbukti amat berkesan apabila Umtiti menanti untuk berlari dan menyambut hantaran Antoine Griezmann hanya enam minit selepas babak kedua bermula.

Perancis juga berterima kasih kepada aksi menyelamat hebat penjaga gol Hugo Lloris pada kedua-dua babak.

Pemain Belgium, Kevin De Bruyne memberi amaran bahawa Kylian Mbappe sudah bersedia mengejutkan dunia pada awal permainan dan pemain remaja termahal dalam sejarah bolasepak dunia itu menunjukkannya pada 60 saat pertama.

Beliau mengatasi Jan Vertonghen dengan mudah dan hanya halangan minit terakhir Vincent Kompany menyekat Griezmann daripada menyambung hantaran lintang itu.

Thibaut Courtois keluar dari gawang tepat pada masanya untuk menyelamatkan Vertonghen sekali lagi daripada kepantasan Mbappe pada minit ke-12 namun Belgium paling banyak menguasai posisi bola.

Pemain Red Devils paling berbahaya ialah Eden Hazard yang memulakan kerjaya bersama Lille dalam Ligue 1 yang melakukan cubaan pertama tetapi hanya sedikit melepasi palang.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan