Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sundram sambung kontrak 2 tahun lagi sebagai jurulatih negara S'pura

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan hari ini (13 Mac) bahawa kedua-dua jurulatih negara, V Sundramoorthy dan pengarah teknikal Michel Sablon sudah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Sundram sambung kontrak 2 tahun lagi sebagai jurulatih negara S'pura

Ketua jurulatih pasukan bola sepak Singapura, V Sundramoorthy. (Gambar fail: Justin Ong)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 10:26PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 11:33PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan hari ini (13 Mac) bahawa kedua-dua jurulatih negara, V Sundramoorthy dan pengarah teknikal Michel Sablon sudah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun.

Di bawah perjanjian itu, Sundram akan menerajui pasukan Singa bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 pada Mac.

Beliau pernah menerajui pasukan negara ke Piala Suzuki pada Disember tahun lalu, namun hasilnya mengecewakan kerana pasukan Singa gagal melayakkan diri daripada tahap kumpulan.

Singapura tidak meraih sebarang kemenangan dalam kejohanan itu, setelah tumpas di tangan Indonesia dan Thailand.

"Meskipun Sundram tidak mencapai sasaran melangkah ke pusingan separuh akhir di Piala Suzuki AFF 2016, kami percaya beliau harus diberikan lagi satu peluang untuk membuktikan kebolehannya," kata presiden Majlis Sementara FAS, Lim Kia Tong.

"Kami sokong Sundram sepenuhnya dan menjangkakan pasukan Singa akan menduduki antara dua tempat tertinggi di Kumpulan E kelayakan pusingan akhir, dan melayakkan diri untuk Piala Asia AFC 2019 yang akan diadakan di UAE," tambah Encik Lim.

Sundram menjadi jurulatih Singapura yang pertama untuk pasukan Singa dalam tempoh 16 tahun selepas beliau mengambil alih jawatan Bernd Stange pada Mei 2016.

"Sejak pelantikan saya pada Mei tahun lalu, majlis dan pengurusan FAS amat menyokong dan saya amat menghargai kepercayaan dan keyakinan mereka dalam diri saya," kata Sundram.

"Sudah kurang setahun sejak saya kembali ke FAS dan saya berbesar hati melihat bagaimana mereka sentiasa cuba mempertingkatkan tahap profesionalisme kedua-duanya - di dan di luar gelanggang."

PASUKAN BELIA BOLEH BERSAING DENGAN JEPUN, AUSTRALIA "DALAM 5 TAHUN AKAN DATANG"

Ketika mengumumkan lanjutan kontrak Sablon, Encik Lim menyifatkan beliau sebagai "tanpa ragu-ragu lagi antara pengarah teknikal terbaik di dunia" dan menarik perhatian bahawa FAS sudah mencapai kemajuan yang baik dalam aspek-aspek termasuk pendidikan jurulatih dan rombakan terhadap perlawanan-perlawanan belia.

"Kami dalam landasan yang betul, dan saya yakin pasukan-pasukan belia kami mampu bersaing dengan pasukan seperti Jepun dan Australia dalam lima tahun akan datang - tetapi hanya jika kami menerima sokongan penuh pelbagai kumpulan pihak-pihak berkepentingan," tambahnya.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan