Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sundram letak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Singa

Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, V Sundramoorthy, sudah meletakkan jawatan. Ini didedahkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan media hari ini (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Sundram letak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Singa

Ketua jurulatih pasukan bola sepak Singapura, V Sundramoorthy. (Gambar fail: Justin Ong)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 08:05PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 08:06PM

SINGAPURA: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, V Sundramoorthy, sudah meletakkan jawatan. Ini didedahkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan media hari ini (9 Apr).

"Keputusan V Sundramoorthy untuk meninggalkan FAS sebagai ketua jurulatih pasukan negara dicapai dengan persetujuan bersama," menurut FAS.

Mengulas tentang keputusannya, Sundram yang memimpin Pasukan Negara sejak Mei 2016, berkata: "Ia merupakan satu penghormatan, diberi peluang untuk memimpin pasukan negara. Pengalaman ini sangat bermakna dan saya mempunyai banyak kenangan indah dengan para pemain dan rakan kerja saya di FAS.

"Saya juga bersyukur dengan adanya sokongan Majlis FAS, para pemain serta peminat, dan saya berharap pasukan ini dapat melakukan yang terbaik dalam persiapan bagi pertandingan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN lewat tahun ini," tambah beliau.

Presiden FAS Encik Lim Kia Tong memuji Sundram atas semua usahanya.

"Peranan sebagai seorang ketua jurulatih dalam pasukan negara sangat mencabar dan kami menghargai Sundram kerana melakukan yang terbaik dalam jawatannya," kata Encik Lim.

"Kami ingin menyampaikan penghargaan kami kepada Sundram atas semua sumbangannya kepada pasukan negara dan kami mengucapkan selamat maju jaya sedang dia merebut peluang-peluang lain," tambah beliau.

Menurut FAS lagi, ia akan membuat pengumuman tentang siapa yang akan menggantikan jawatan Sundram. Apabila beliau menyandang jawatan itu, Sundram merupakan jurulatih tempatan pertama dalam tempoh 16 tahun sejak Vincent Subramaniam berkhidmat antara 1998 hingga 2000.

Permulaan perkhidmatannya tidak begitu lancar selepas pasukan Singa kecundang di Piala Suzuki AFF pada 2016. Singapura gagal melayakkan diri selepas kalah di tangan Thailand dan Indonesia serta seri dengan tuan rumah Filipina.

Pasukan Singa tidak mencatat sebarang kemajuan pada 2017 di mana mereka tidak memenangi sebarang pertandingan. Di bawah kepimpinan Sundram, Singapura mengalami kekalahan di tangan beberapa pasukan termasuk Bahrain, Lubnan, Turkmenistan, Qatar dan Argentina.

Pada Oktober 2017, Singapura jatuh ke tangga paling corot iaitu pada tangga ke-173 dalam kedudukan dunia FIFA.

Pasukan Singa akhirnya menamatkan kemaraunya selepas menang di tangan Maldives 3-2 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan