Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sultan Terengganu tarik diri sertai Sukan SEA 2017

Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Terengganu tarik diri sertai Sukan SEA 2017

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. (Gambar: Sultan Mizan Zainal Abidin/Facebook)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 07:11PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 07:12PM

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.

Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Low Beng Choo berkata Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.

”Kami memuji beliau yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, hari ini (12 Ogos).

Menurut Beng Choo, Sultan Mizan menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil.

Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan