Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sultan Brunei sertai Regatta Sarawak, muncul juara

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memeriahkan Regatta Sarawak ke-145 dengan menyertai acara perlumbaan bidar yang didayung olehnya serta 19 lagi pendayung lelaki lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Brunei sertai Regatta Sarawak, muncul juara

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyertai Regatta Serawak pada 19 Nov 2017. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Nov 2017 09:07AM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 10:17PM

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memeriahkan Regatta Sarawak ke-145 dengan menyertai acara perlumbaan bidar yang didayung olehnya serta 19 lagi pendayung lelaki lain.

Sultan Hassanal Bolkiah bersama pasukannya 'Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei' bersaing bersama enam pasukan lain.

Malah, pasukannya menjuarai perlumbaan yang dilepaskan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyertai pertandingan bersama pasukan 'Ketua Menteri Sarawak' dalam acara kategori VIP yang buat julung-julung kalinya diadakan di Tebingan Sungai Kuching semalam (19 Nov).

Perlumbaan perahu panjang atau bidar diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan persengketaan antara suku kaum di Sarawak ketika itu. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan