Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Tinju: Ridhwan buru gelaran dunia IBO

Sekitar sebulan lagi, petinju Singapura Muhamad Ridhwan akan mengorak langkah untuk mengikuti jejak Manny Pacquiao dan Anthony Joshua.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Tinju: Ridhwan buru gelaran dunia IBO

Petinju Singapura Muhamad Ridhwan (kiri) akan bertarung dengan bekas juara dunia Namibia Paulus Ambunda (kanan) bagi gelaran IBO. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 09:33AM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:37AM

SINGAPURA: Sekitar sebulan lagi, petinju Singapura Muhamad Ridhwan akan mengorak langkah untuk mengikuti jejak Manny Pacquiao dan Anthony Joshua.

Ridhwan, 30 tahun, akan bersaing dengan bekas juara dunia dari Namibia, Paulus Ambunda, 38 tahun, di gelanggang tinju di Marina Bay Sands pada 29 September bagi memburu gelaran dunia Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) dalam kelas 'super bantam' (sehingga 55 kilogram).

Namun bukan sekadar gelaran yang dipertaruhkan. IBO disifatkan sebagai pertubuhan terbesar di luar badan-badan utama sukan berkenaan: Persatuan Tinju Dunia, Persekutuan Tinju Antarabangsa, Majlis Tinju Dunia dan Persatuan Tinju Dunia (WBO).

Pacquiao dan Joshua masing-masing mendapat gelaran dunia dalam IBO sebelum meraih lebih banyak lagi pencapaian, dan Ridhwan akui pentingnya beliau memenangi pertandingan pada bulan depan.

"Matlamat kami adalah untuk bertarung dalam perlawanan lebih sengit lagi, tidak kira di peringkat nasional atau antarabangsa," katanya kepada para wartawan dalam satu sidang media semalam (15 Ogos).

Dalam tempoh lima tahun ke depan, beliau menyasarkan untuk mendapat gelaran dari salah satu daripada empat pertubuhan utama sukan tinju itu.

Bagi Ridhwan, pemenang pingat gangsa Sukan SEA sebanyak tiga kali, salah satu matlamat utamanya adalah untuk "menyatukan Singapura melalui sukan tinju".

"Sangat menakjubkan sekali jika kami dapat melihat seluruh arena dipenuhi rakyat Singapura," tambahnya. "Mungkin mereka boleh kembalikan Kallang Wave, tapi dalam arena tinju."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan