Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: RTM minta maaf kesilapan susunan bendera berterabur

Syarikat penyiar Malaysia RTM memohon maaf atas kesilapan-kesilapan pada paparan jumlah pungutan pingat Sukan SEA, dengan lapan daripada 11 bendera bertukar antara satu sama lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: RTM minta maaf kesilapan susunan bendera berterabur

(Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 26 Aug 2017 10:17PM Dikemas Kini : 26 Aug 2017 10:18PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penyiar Malaysia RTM memohon maaf atas kesilapan-kesilapan pada paparan jumlah pungutan pingat Sukan SEA, dengan lapan daripada 11 bendera bertukar antara satu sama lain.

Kesilapan itu disiarkan semasa segmen berita Tamil pada malam Khamis (24 Ogos). Permohonan maaf berhubung kesilapan itu dibuat di segmen berita di saluran TV yang sama pada hari Jumaat.

"Kami akan mengambil tindakan untuk mencegah kesilapan serupa daripada berulang lagi," kata Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Abu Bakar Ab Rahim, yang bercakap kepada portal berita Melayu The Star.

Menurut Encik Abu Bakar, kesilapan itu berlaku "di peringkat penerbitan"semasa keputusan kedudukan pingat dikemas kini.

Petikan gambar bendera-bendera yang bertukar antara satu sama lain itu tersebar online, dengan ramai warga siber yang mengatakan kesilapan itu mencemarkan nama Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA.

Bendera-bendera tersebut membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Laos.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi tumpuan disebabkan kesilapan yang dilakukan. Pada Sabtu lalu (19 Ogos), gambar bendera Indonesia dalam buku panduan Sukan SEA dicetak terbalik.

Menyusuli insiden tersebut Menteri Ehwal Luar Malaysia Anifah Aman memohon maaf kepada pemerintah Indonesia, manakala Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin memberitahu rakan sejawatannya di Indonesia buku panduan itu akan dicetak semula.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan