Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: M'sia bolot 13 pingat emas acara terjun seirama

Pada hari terakhir pertandingan, tuan rumah Malaysia menang dua pingat emas bagi acara terjun 10 meter platform seirama, sekali gus menggondol kesemua 13 pingat emas dalam sukan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: M'sia bolot 13 pingat emas acara terjun seirama
Diterbitkan : 30 Aug 2017 07:56PM Dikemas Kini : 30 Aug 2017 10:37PM

KUALA LUMPUR: Pada hari terakhir pertandingan, tuan rumah Malaysia menang dua pingat emas bagi acara terjun 10 meter platform seirama, sekali gus menggondol kesemua 13 pingat emas dalam sukan ini.

Dalam bahagian wanita, pasangan Malaysia Leong Mun Yee dan Traisy Vivian Anak Tukiet berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan 300.36 mata.


Pasukan negara Myra Lee dan Freida Lim meraih pingat perak.

Pasangan ini mengakhiri pertandingan dengan mengumpul 256.71 mata, untuk berada di hadapan pasangan dari Thailand yang menduduki tempat ketiga.

Pasangan lelaki dari Malaysia, Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul juga menggondol pingat emas dalam acara yang sama.

Pendatang baru dalam Sukan SEA ini mencatat 384.12 mata.

Pasangan Singapura Joshua Chong dan Jonathan Chan berjaya membawa pulang pingat gangsa dengan mengumpul 340.50 mata.

Indonesia menduduki tempat kedua.  

Sumber : CNA/MM/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan