Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Irfan Fandi sasar pingat emas bagi pasukan negara

Disebalik pernah menjulang empat trofi Piala Suzuki AFF, Singapura tidak pernah meraih pingat emas bola sepak Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Irfan Fandi sasar pingat emas bagi pasukan negara

Pemain bola sepak negara Irfan Fandi yang juga anak sulung kepada legenda bola sepak negara Fandi Ahmad. (Gambar: Instagram/ Irfan Fandi)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 10:38PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 10:39PM

SEPANG: Irfan Fandi, anak sulung legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, mahu membantu rakan sepasukan meraih pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Membuat penampilan kedua dalam Sukan SEA selepas pertama kali beraksi pada Sukan SEA Singapura dua tahun lalu yang menyaksikan pasukannya gagal melepasi pusingan kelayakan peringkat kumpulan.

"Dengan persediaan yang lebih tersusun dan sistematik serta mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman daripada Perancis Richard Tardy, saya lebih yakin pasukan akan pergi jauh dalam temasya ini,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut Tardy menyasarkan tempat di separuh akhir bagi anak didiknya pada KL2017.

Irfan yang boleh bermain dalam posisi barisan pertahanan, penyerang dan pemain tengah akan menyambut ulang tahun ke-20 esok, berkata demikian kepada Bernama selepas ketibaan pasukan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.

Irfan bagaimanapun menghormati semua pasukan dalam Kumpulan A dan menyifatkan empat lagi pasukan mempunyai peluang samarata untuk layak ke pusingan seterusnya.

Singapura diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Malaysia, Myanmar, Brunei dan Laos.

Disebalik pernah menjulang empat trofi Piala Suzuki AFF, Singapura tidak pernah meraih pingat emas bola sepak Sukan SEA.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan