Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para Asia: S'pura menang 2 pingat emas dalam acara renang

Singapura meraih dua pingat dalam Sukan Para Asia hari ini. Pingat emas pertama diraih selepas perenang Toh Wei Soong muncul juara dalam acara gaya bebas 50m.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Para Asia: S'pura menang 2 pingat emas dalam acara renang

Perenang Toh Wei Soong di Sukan Para Asia. (Gambar: SNPC)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 10:08PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 10:14PM

SINGAPURA: Singapura meraih dua pingat dalam Sukan Para Asia hari ini. Pingat emas pertama diraih selepas perenang Toh Wei Soong muncul juara dalam acara gaya bebas 50m.

Demikian menurut Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) dalam kenyataan medianya.

Toh meraih pingat emas selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 29.01 saat di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di Indonesia. Gawilan Ernie dari Filipina berada di tempat kedua dengan mencatat masa 31.93 saat.

(Gambar: SNPC)

Di tempat ketiga adalah Jadhav Suyash Nara dari Indonesia yang mencatat masa 32.16 saat, kalah tipis dengan perenang Filipina.

Toh memberitahu Mediacorp beliau berbesar hati dengan pencapaiannya.

"Ketika membuat persiapan bagi perlumbaan ini, saya berulang kali membayangkan apa yang boleh saya lakukan. Saya rasa ini membantu dalam mencapai matlamat saya.

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya dan saya ini menjadi sebab saya ingin terus menceburi sukan ini," katanya.

(Gambar: Team Singapore)

Perenang Yip Pin Xiu pula meraih pingat emas kedua Singapura melalui acara 50 meter kuak lentang wanita.

Yip mengakhiri perlumbaan itu dengan mencatat masa 1 minit 2.09 saat. Beliau mengalahkan perenang Kazakhstan Gabidullina Zulfiya yang menang di tempat kedua (1 minit 17.72 saat). Perenang China, Feng Yazhu pula di tempat ketiga.

Bagi pasukan wanita, Danielle Moi melayakkan diri bagi pusingan akhir acara gaya bebas 200 meter wanita. Beliau bagaimanapun terpaksa berpuas hati di tempat terakhir.

Edisi ketiga Sukan Para Asia itu berlangsung sehingga 13 Oktober nanti.

Dalam pada itu, pemain boling Singapura, Tan Swang Hee menang tempat ketiga dalam satu perlawanan menentang pemain Thailand awal tadi (8 Okt).

Ini bermakna, pasukan Singapura kini keseluruhannya sudah mencapai tiga pingat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan