Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para Asia: Perenang Toh Wei Soong rangkul pingat emas ke-3 S'pura

Perenang Toh Wei Soong memungut pingat emas keduanya pada Selasa (9 Okt). Pencapaiannya sekaligus bermakna, Singapura sudah meraih tiga pingat emas di Sukan Para Asia sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Para Asia: Perenang Toh Wei Soong rangkul pingat emas ke-3 S'pura

Perenang Toh Wei Soong rangkul pingat emas kedua di Sukan Para Asia pada 9 Okt. (Gambar: Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 11:11AM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 11:19AM

JAKARTA: Perenang Toh Wei Soong memungut pingat emas keduanya pada Selasa (9 Okt). Pencapaiannya sekaligus bermakna, Singapura sudah meraih tiga pingat emas di Sukan Para Asia sejauh ini.

Pasukan Singapura sebelum ini berjaya mendapat dua pingat emas, melalui Toh dalam acara gaya bebas 50 meter lelaki pada Ahad (7 Okt) dan perenang Yip Pin Xiu dalam acara kuak lentang 50 meter wanita kelmarin (8 Okt).

Pada hari ketiga Sukan Para Asia, Toh mengungguli acara gaya bebas 100 meter lelaki dan mencatat rekod masa peribadi terbaik iaitu 1 minit 3.16 saat.

Pingat disampaikan Menteri Negara Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Cik Sim Ann, di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno.

Toh yang gembira dengan pencapaiannya berkata: "Saya gembira kerana berjaya melakukannya. Ia satu lagi pencapaian bagi saya menuju rekod dunia, iaitu melalui acara di Tokyo yang bakal diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya tidak sabar untuk meneruskan perjuangan saya. Saya boleh membayangkan cabaran dua tahun dari sekarang."

Yip pula memungut satu lagi pingat - pingat gangsa dalam acara gaya bebas 100 meter wanita. Bertarung dengan para perenang yang lebih handal daripadanya, beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu meskipun memilih melakukan gaya kuak lentang.

Yip Pin Xiu menang pingat gangsa dalam acara gaya bebas 100 meter wanita. (Gambar: SNPC)

Yip Pin Xiu menang pingat gangsa dalam acara gaya bebas 100 meter wanita. (Gambar: SNPC)

"Sudah pasti, saya gembira. Tetapi saya ingin menumpukan perhatian kepada acara terakhir saya. Saya hanya akan meraikannya dan berehat selepas itu," katanya. 

PERAK BAGI BOLING

Pemain boling Singapura, Diane Neo, yang cacat intelektual, menang pingat perak. Beliau mengalahkan dua pemain lain dan menempa nama di tempat kedua dengan kutipan mata 1,033.

Pemain boling Diane Neo. (Gambar: Fiona Hakim/ SNPC)

Pemain boling Diane Neo. (Gambar: Fiona Hakim/ SNPC)

Pelumba basikal Emily Lee, yang kurang daya penglihatan, dan pelumba sepasukannya, Sarah Tan, menang tempat ketiga dalam perlumbaan 72 kilometer (18 pusingan).

"Saya benar-benar teruja kerana saya sebelum ini memang ingin bertanding dalam Sukan Para Asia dan membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa. Saya cuba tenang, tumpukan perhatian kepada teknik pernafasan, dan cuba sedaya upaya supaya tidak terlalu ghairah agar dapat mendengar arahan rakan pasukan saya," kata Lee.

Dengan empat pingat dalam genggaman pada hari ketiga Sukan Para Asia, Singapura sudah merangkul tiga pingat emas, satu perak, tiga gangsa - satu pencapaian luar biasa sejauh ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan