Images
  • para games
    Para pemain boccia - Nurulasyiqah Mohd Taha, Toh Sze Ning dan Faye Lim - menang pingat dalam peringkat akhir regu campuran B3. (Gambar: Flona Hakim/Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

Sukan Para Asia: Pasukan Boccia S'pura menang pingat perak

JAKARTA: Pasukan boccia Singapura meraih pingat perak di Sukan Para Asia 2018 pada Jumaat (12 Okt), menambah satu lagi pingat dalam prestasi terbaik yang dipamerkan negara di pertandingan sukan tersebut.

Pasukan yang terdiri daripada kapten Nurulasyiqah Mohd Taha, Toh Sze Ning dan pemain simpanan, Faye Lim memperolehi pingat perak selepas tewas di tangan Hong Kong 2-4 dalam peringkat akhir regu campuran B3.

Ini merupakan pingat perak kedua bagi Team Singapore dalam edisi Sukan Para Asia tahun ini, selepas pemain boling negara Diane Neo menduduki tempat kedua dalam peringkat akhir acara perseorangan wanita TPB4 pada Selasa (9 Okt).

Setakat ini, Team Singapore sudah meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa di Sukan Para Asia 2018.

Sementara itu, para pemain boling padang, Mawjit Singh dan Faridah Salleh, menduduki tempat keempat dalam peringkat akhir pusingan robin regu campuran B6.


Gambar para pemain boling padang, Mawjit Singh dan Faridah Salleh. (Gambar: Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

ANUGERAH KHAS BAGI PERENANG NEGARA

Perenang negara, Yip Pin Xiu yang merangkul pingat emas dalam acara kuak lentang 50 meter wanita S4 (1-4) pada Isnin (8 Okt) diiktiraf dengan anugerah khas - iaitu Anugerah Atlit Wanita Terbaik Siri Para Dunia bagi atlit dengan Keperluan Sokongan Tinggi.

Cik Yip antara empat penerima anugerah itu dan merupakan satu-satunya dari Asia.


Gambar perenang negara, Yip Pin Xiu. (Gambar: Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura) 

Beliau berkata: "Mengetahui bahawa saya boleh menjadi wajah dan wakil sukan renang di Asia, saya berharap untuk menggalak lebih ramai para-atlit supaya menyertai Siri Para Dunia juga."  

- CNA/AI/ai

Top