Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para ASEAN: Pasukan bola sepak negara tempah tempat di separuh akhir

Perlawanan separuh akhir esok bakal menyaksikan Indonesia berdepan Singapura manakala Malaysia menentang Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Para ASEAN: Pasukan bola sepak negara tempah tempat di separuh akhir

Pasukan bola sepak paralimpik negara. (Gambar: Flona Hakim / SportSG)

Diterbitkan : 20 Sep 2017 08:25PM Dikemas Kini : 20 Sep 2017 08:26PM

KUALA LUMPUR: Singapura mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Cerebral Palsy (CP) Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 selepas menamatkan aksi pusingan awal di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini (20 Sep).

Singapura menjadi naib juara kumpulan A di belakang tuan rumah, Malaysia selepas menang selesa 4-0 ke atas Kemboja pada aksi terakhir kumpulan.

Empat gol Singapura dijaringkan oleh Magesvaran Sangily seawal minit keenam, Abdul Mahdi Abdul Rahman pada minit ke-12 dan 51 dan Muhammad Mubarak Mohd Rastam pada penghujung babak perlawanan.

Selain Singapura, Indonesia memastikan tiket separuh akhir menjadi milik mereka setelah menang bergaya 10-2 ke atas pemenang pingat perak edisi 2015, Myanmar untuk muncul juara kumpulan B.

Tiga pemain iaitu  Cahyana, Muhaimi Yahya dan Hernanda Yahya, masing-masing menjaringkan tiga gol pada perlawanan itu manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Yuliarsi Ahmad pada minit ke-14.

Keputusan itu membantu Thailand mara ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan B dengan kutipan tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Myanmar, dua hari lalu

Perlawanan separuh akhir esok bakal menyaksikan Indonesia berdepan Singapura manakala Malaysia menentang Thailand.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan