Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Para ASEAN: Jason Chee menang emas dalam acara perseorangan

Atlit kurang upaya tenis meja Jason Chee memenangi pingat emas dalam acara Kelas 2 perseorangan lelaki di Sukan Para ASEAN 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2017 04:35PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 09:47PM

SINGAPURA: Atlit kurang upaya tenis meja Jason Chee memenangi pingat emas dalam acara Kelas 2 perseorangan lelaki di Sukan Para ASEAN 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Atlit berusia 34 tahun itu berjaya menewaskan pesaing dari Thailand Thirayu Chueawong 3-0 pada Jumaat (22 Sep) bagi mengungguli kumpulannya di hadapan empat pesaing lain. Awal dari itu, beliau berjaya mengatasi seorang lagi atlit Thailand, Thinathet Natthawut, 3-2.

Beliau juga menewaskan rakan-rakan senegaranya Eric Ting dan Darren Chua 3-0 dalam kedua-dua acara pada Khamis, sekaligus menjadikannya empat kemenangan dalam empat perlawanan.

Chee, yang berasa "gembira" dengan kemenangan bersih itu, turut berkata bahawa kemenangan pingat emas itu menebus kekecewaannya selepas tidak dapat beraksi pada tahun 2015.

Pada 2015, Chee tewas kepada pesaing terdekatnya, Natthawut, 2-3 dalam pusingan kedua terakhir. Beliau berjaya menebus kekalahan tersebut kali ini, dan menyifatkannya sebagai kemenangan penting.

Chee juga ingin mendedikasikan pingat emas itu kepada rakan-rakan sepasukannya dan jurulatih-jurulatihnya, sambil memberi penghargaan kepada ayah dan mendiang ibunya.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat Singapura yang datang ke KL bagi menyokong saya," katanya. "Dengan pingat ini, saya harap dapat memberi inspirasi kepada orang lain bahawa meskipun terdapat banyak kehilangan, kehidupan masih harus diteruskan."

CHEE DIPUJI ATAS "KETABAHAN DAN DAYA KETAHANAN"

Dalam catatan di laman Facebook pada Jumaat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu mengucapkan tahniah kepada Chee atas pencapaiannya dan memujinya atas sikapnya.

So happy for Jason Chee and for Singapore!! This gold medal showed what tenacity and determination can achieve. When so...

Posted by Grace Fu on  Thursday, 21 September 2017

"Pingat emas ini menunjukkan hasil ketabahan dan daya ketahanan," katanya. "Apabila banyak halangan menimpa Jason, sikap 'tidak mahu menyerah kalah' beliau membantunya bangkit semula."

Cik Fu turut berkata cara Chee mengharungi "setiap cabaran yang diberi kepadanya dalam kehidupan" menjadikannya inspirasi kepada ramai orang.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan