Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Olimpik Musim Sejuk: Rombongan seni Korea Utara tiba di Korea Selatan

Satu rombongan kesenian Korea Utara tiba di Korea Selatan pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Olimpik Musim Sejuk: Rombongan seni Korea Utara tiba di Korea Selatan

Rombongan kesenian Korea Utara tiba di Korea Selatan. (Gambar: AFP / AFP PHOTO / SOUTH KOREAN UNIFICATION MINISTRY)

Diterbitkan : 21 Jan 2018 06:58PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 11:03PM

PAJU: Satu rombongan kesenian Korea Utara tiba di Korea Selatan pagi tadi.

Mereka sudah mula memeriksa tempat-tempat dan membuat persiapan bagi mengadakan persembahan kebudayaan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk di bandar Pyeongchang bulan depan.

Ini merupakan kali pertama para pegawai Korea Utara melawat Korea Selatan dalam masa empat tahun.

Rombongan kesenian tujuh anggota dari Korea Utara akan berada di Gangneung selama dua hari untuk memeriksa tempat-tempat kesenian bandar itu.

Selain mengadakan persembahan seni, Korea Utara akan menghantar 22 atlit ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Pasukan-pasukan dari dua negara Korea juga akan berarak secara bersama-sama di upacara perasmiannya di bawah satu "bendera penyatuan."

Sumber : AFP/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan