Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Pemain tenis meja S'pura, Yu Mengyu raih pingat perak

Pemain tenis meja Singapura Yu Mengyu meraih pingat perak bagi acara perseorangan wanita di Sukan Komanwel hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2018 06:52PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 10:37PM

GOLD COAST: Pemain tenis meja Singapura Yu Mengyu meraih pingat perak bagi acara perseorangan wanita di Sukan Komanwel hari ini (14 Apr).

Yu tewas 4-0 di tangan Manika Batra dari India dalam perlawanan akhir yang berlangsung sekitar 35 minit.

Sebelum ini, Yu 28 tahun, meraih pingat perak di termasya yang sama di Glasgow pada 2014.

Minggu lalu, beliau mewakili pasukan Singapura kecundang di tangan India di perlawanan akhir acara beregu wanita.

Siang tadi, rakan sepasukannya, Feng Tianwei mendapat pingat gangsa setelah mengalahkan Mo Zhang dari Kanada.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan