Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Pasukan tenis meja rangkul lagi 2 pingat emas bagi S'pura

Singapura mendapat dua lagi pingat emas menerusi acara tenis meja pada hari terakhir Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2018 06:10PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:11PM

GOLD COAST: Singapura mendapat dua lagi pingat emas menerusi acara tenis meja pada hari terakhir Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

Dalam acara bergu campuran, pasangan Gao Ning dan Yu Mengyu meraih pingat emas setelah menundukkan bergu England, Liam Pitchford dan Ho Tin-Tin.

Gao dan Yu menang 3-0 dalam pertarungan sengit dengan mata 12-10, 12-10 dan 11-9.

Gao kemudian terus menunjukkan prestasi cemerlangnya untuk mempertahankan pula kejuaraan dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki. Dia menundukkan lawannya dari Nigeria, Quadri Aruna dalam perlawanan sengit enam set.

Gao menang dua set pertama 11-7, 11-8 tetapi Aruna bangkit untuk menang dua set berikutnya 11-5, 11-3.

Bagaimanapun Gao berjaya kembali menunjukkan kehebatannya untuk menang dua set terakhir, 11-9, 11-5 bagi merangkul pingat emas. 

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan