Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Pasukan tenis meja lelaki S'pura gagal rangkul pingat

Kehampaan terus dialami pasukan tenis meja Singapura dalam Sukan Komanwel.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel: Pasukan tenis meja lelaki S'pura gagal rangkul pingat

(Gambar: Facebook/SNOC)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 08:11PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 08:14PM

GOLD COAST: Kehampaan terus dialami pasukan tenis meja Singapura dalam Sukan Komanwel.

Setelah pasukan wanita Singapura kalah mengejut dalam perlawanan akhir di tangan India semalam, pasukan lelaki Singapura pula gagal ke peringkat akhir siang tadi setelah kalah 2-3 di tangan pasukan India.

Selain gagal melangkah ke peringkat akhir, pasukan lelaki Singapura yang merupakan juara bertahan, pulang dengan tangan kosong apabila kalah 0-3 di tangan England dalam perlawanan merebut pingat gangsa.

Dalam perlawanan pertama Gao Ning kalah di tangan Paul Drinkhall 11-13, 5-11 dan 9-11.

Perlawanan kedua pula berlangsung empat set. Namun Ethan Poh akhirnya dikalahkan oleh Liam Pitchford dengan mata 9-11, 7-11, 11-7 dan 3-11.

Perlawanan bergu pertama berlangsung sengit.

Pasangan Singapura menang dua set pertama, 11-6 dan 13-11. Namun England yang perlu menang perlawanan ini bagi meraih pingat gangsa bangkit untuk menang tiga set berikutnya 11-4, 11-9 dan 13-11.

Bagi Singapura, selain gagal membawa pulang pingat inilah kali pertama sejak tahun 2002 pasukan lelakinya tidak menduduki dua tempat teratas dalam Sukan Komanwel. 

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan