Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Martina Veloso raih pingat emas kedua S'pura, cipta rekod baru

Penembak negara Martina Lindsay Veloso meraih pingat emas kedua bagi Singapura di Sukan Komanwel hari ini (12 Apr) selepas memenangi acara menembak 50 meter wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel: Martina Veloso raih pingat emas kedua S'pura, cipta rekod baru

Penembak negara Martina Lindsay Veloso meraih pingat emas kedua bagi Singapura di Sukan Komanwel hari ini (12 Apr) selepas memenangi acara menembak 50 meter wanita. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 01:57PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 02:00PM

SINGAPURA: Penembak negara Martina Lindsay Veloso meraih pingat emas kedua bagi Singapura di Sukan Komanwel hari ini (12 Apr) selepas memenangi acara menembak 50 meter wanita.

Beliau turut mencipta rekod baru yang sebelum ini dipegang oleh Sally Johnston dari New Zealand pada 2014.

Hanya beberapa hari lalu (9 Apr), penembak negara itu meraih pingat emas pertamanya bagi acara senapang angin 10 meter wanita, juga dengan memecahkan rekod temasya sukan tersebut.

Penembak berusia 18 tahun itu menamatkan acara tersebut dengan meraih 621 mata, sekali gus mendahului Tejaswini Sawant dari India yang hanya mampu memperolehi 618.9 mata.

Rakan sepasukannya, Jasmine Ser pula menduduki tempat kelima dengan pungutan 615.6 mata. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan