Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Gagal ujian dadah, para-atlit Khairi Ishak dilarang bertanding

Para-atlit Singapura Mohammad Khairi Ishak dilarang bertanding dalam Sukan Komanwel Australia setelah gagal satu ujian dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel: Gagal ujian dadah, para-atlit Khairi Ishak dilarang bertanding

Para atlit Singapura Mohammad Khairi Ishak. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 08:00PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 08:02PM

SINGAPURA: Para-atlit Singapura Mohammad Khairi Ishak dilarang bertanding dalam Sukan Komanwel Australia setelah gagal satu ujian dadah.

Para-atlit berusia 29 tahun itu dijadual bertanding dalam peringkat akhir acara larian 100 meter T47 kategori lelaki di Stadium Carrara di Golf Coast esok (13 Apr).

"Kami dimaklumkan oleh Anti-Doping Singapore bahawa Mohammad Khairi Ishak sudah diarahkan digantung sementara atas sebab melanggar syarat, sekaligus dilarang daripada mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel," kata ketua rombongan kontinjen Singapura, Mark Chay.

"Kami ingin memberi peringatan kepada semua atlit supaya bertanding dengan jujur, jauhi dadah dan hormati peraturan yang ditetapkan."

Menurut laman My ActiveSG, Khairi memenangi pingat perak bagi acara larian 100 meter T46 dan pingat gangsa dalam acara larian 200 meter T46 di Grand Prix Olahraga Para Sedunia Beijing pada tahun 2017.

Khairi juga memenangi dua pingat emas di Kejohanan Para Balapan dan Padang Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura pada tahun 2013.

Penganjur Sukan Komanwel tahun lalu menyatakan mereka tidak akan "bertolak ansur sama sekali terhadap mereka yang menipu" dalam acara berbilang sukan itu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan