Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sudah 25 tahun kelab Barcelona, pertama kali julang Piala Eropah

Kelab bola sepak Barcelona merayakan ulang tahun ke-25, ia pertama kali menjulang Piala Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sudah 25 tahun kelab Barcelona, pertama kali julang Piala Eropah
Diterbitkan : 11 Jun 2017 05:41PM Dikemas Kini : 11 Jun 2017 05:42PM

BARCELONA: Kelab bola sepak Barcelona merayakan ulang tahun ke-25, ia pertama kali menjulang Piala Eropah.

Detik bersejarah tersebut dihidupkan semula dengan menurunkan pasukan juara tahun 1992 itu dalam perlawanan persahabatan tujuh sepasukan di Stadium Nou Camp menentang pasukan pemain veteran Benfica.

Perlawanan ini merupakan kemuncak kepada perayaan selama sebulan meraikan kemenangan penting itu.

Meskipun tidak setangkas ketika mereka muda dahulu, pasukan lagenda FC Barcelona yang turun padang semalam, cukup menggembirakan para penonton.

Berlangsung selama 20 minit setiap babak, perlawanan ini berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Namun apa yang lebih penting, kejayaan Pasukan Impian Barcelona menjulang Piala Eropah buat kali pertama 25 tahun lalu di Stadium Wembley di London telah mengubah sejarah kelab itu.

Bagi mengimbas semula, dalam perlawanan akhir itu, Barcelona mengalahkan kelab Sampdoria dari Itali 1-0, setelah kedua-dua pasukan terus terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Gol kemenangan Barca itu dijaringkan Ronald Koeman ^menerusi tendangan bebas.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan