Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Setiausaha Agung FAS, Winston Lee, letak jawatan

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura, Winston Lee mengumumkan perletakan jawatannya hari ini (1 Dis) selepas berkhidmat dengan persatuan itu selama 18 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2017 08:37PM Dikemas Kini : 01 Dec 2017 10:56PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura, Winston Lee mengumumkan perletakan jawatannya hari ini (1 Dis) selepas berkhidmat dengan persatuan itu selama 18 tahun.

Encik Lee menyandang jawatan Setiausaha Agung selama hampir 10 tahun.

Beliau akan meninggalkan FAS menjelang hujung bulan ini.

Masa depan Encik Lee di FAS menjadi tanda-tanya setelah beliau terlibat dalam tengkarah wang derma sebelum persatuan itu mengadakan pemilihan pertama pucuk pimpinannya pada April lalu.

Namun FAS hari ini menyatakan Encik Lee berasa terharu ketika diminta terus berkhidmat dan beliau menyokong majlis baru FAS.

FAS menambah masanya sudah tiba bagi Encik Lee untuk memulakan "tahap selanjutnya" dalam kehidupan beliau sedang musim 2017 berakhir.

FAS juga menyuarakan penghargaan kepada Encik Lee kerana khidmat serta komitmennya kepada persatukan bola sepak itu.

Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan